Popular Posts

Wednesday 2 May 2012

SELAMAT HARI PEKERJA BUAT KAKITANGAN SMK SERI SEMANTAN




Selamat Hari Pekerja 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Masih belum terlewat untuk mengucapkan hari pekerja. Semalam iaitu bersamaan 01 Mei  merupakan hari pekerja yang telah ditetapkan di seluruh dunia. Ia juga menandakan hari cuti bagi sesetengah pekerja . Tema Hari Pekerja 2012 Pekerja Berinovatif, Penggerak Transformasi’ Ye lah kalau semua cuti mau lumpuh juga ekonomi Malaysia ni kan? Dalam menikmati Hari Pekerja terdapat pengumuman dari Perdana Menteri Malaysia mengenai pengumuman gaji minimum bagi kakitangan swasta. Pengumuman yang dilakukan pada 30 April 2012 itu menjadi topik perbualan rakyat Malaysia. Kadar minimum iaitu RM900 ditetapkan bagi kakitangan di Semenanjung Malaysia manakala RM800 untuk Sabah dan Sarawak.

Kredit Picture :- Cikgu Nurzawani
Kadar itu akan dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pengumuman ni (kiranya mungkin tahun depan kot..)Bagi majikan kecil mereka diberi peluang untuk tempoh 12 bulan bagi melaksanakan gaji minimum ini selepas Tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.
Sememangnya keputusan ini ada ‘pro dan kontra’. Dari segi pekerja swasta pasti ia memberi sedikit keselesaan kepada mereka walaupun perjuangan Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menuntut RM1,200. Bagi para majikan pula mungkin ada yang terpaksa membuat perkiraan semula kerana peruntukan gaji yang perlu ditambah. Cuma jangan pula syarikat-syarikat besar ini melakukan kaedah pembuangan pekerja atau berpindah ke negara lain bagi mengurangkan kos pengeluaran.
Apa pula pendapat anda?
‘ SELAMAT HARI PEKERJA’
Kepada yang tak bekerja tu cepat-cepatlah cari kerja ye..
Sekian.

No comments:

Post a Comment