Popular Posts

Thursday 19 July 2012

LATIHAN KEBAKARAN SMK SERI SEMANTAN



 SMK SERI SEMANTAN, 18 Julai 2012  - Satu Latihan Kebakaran telah dijalankan oleh unit 3K SMK Seri Semantan dibantu oleh unit Bomba dan Penyelamat daerah Mentakab pada 18 Julai 2012. Latihan bermula pada jam 12.15 dan berakhir 1.00 tengahari. Kebakaran merupakan satu tragedi yang harus dielakkan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang disyorkan oleh pihak Bomba. Kebakaran boleh menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa .Oleh yang demikian warga sekolah perlu bersiap sedia untuk menghadapi situasi kebakaran. 

2.OBJEKTIF LATIHAN
1.  Untuk mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran setiap individu yang merupakan warga sekolah kebangsaan telok jamat  mengenai bahaya kebakaran dan cara-cara bertindak   dengan cepat, tepat dan betul semasa kebakaran dari peringkat permulaan   hingga keadaan diistihar selamat.
2.   Mengenal pasti kelemahan –kelemahan yang ada dan mengambil langkah- langkah penambahbaikan bagi mempertingkatkan keselamatan fasiliti-fasiliti  yang sedia ada,prosedur dan keyakinan individu serta organisasi semasa latihan.
3.  memberi  pendedahan mengenai Kebakaran  dan cara-cara penggunakan peralatan pemadam api
4.  Mewujudkan semangat kerjasama diantara pihak Bomba dan pihak sekolah

3. OBJEKTIF KHUSUS :
1. Menyatakan bagaimana kebakaran boleh berlaku dan bahaya-bahaya yang mungkin akan timbul
  2. Menyatakan pelbagai bentuk api ketika kebakaran dan alat  pemadam api permulaan yang sesuai digunakan dengannya.
  3. Menggunakan alat pemadam api kecil permulaan
 4.  Menerangkan tatacara  menyelamatkan diri ketika kebakaran

 Semoga dengan adanya latihan Kebakaran ini para warga SMK Seri Semantan akan sentiasa berhati-hati dalam menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

GURU MEMASTIKAN BILANGAN  PELAJAR CUKUP

PEGAWAI BOMBA MEMBERI TAKLIMAT RINGKAS KEBAKARAN

PEGAWAI BOMBA MEMBERI CERAMAH KEBAKARAN

GURU MEMERIKSA JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

GURU MENGAWAL PELAJAR 

GURU MEMANTAU  PELAJAR AGAR KEADAAN TERKAWAL

PEGAWAI BOMBA MEMBERI TAKLIMAT

PELAJAR KHUSYUK MENDENGAR TAKLIMAT YANG DISAMPAIKAN OLEH PIHAK BOMBA

PARA PELAJAR BERGERAK KE PADANG MENGGUNAKAN LALUAN SELAMAT YANG DISEDIAKAN

GURU MEMERIKSA KEHADIRAN PELAJAR

TAKLIMAT RINGKAS OLEH GURU BERTUGAS

MUKADIMMAH OLEH GURU 3K

GURU MEMERHATIKAN PELAJAR SAMBIL MELIHAT SENARAI KEHADIRAN

GURU MENGAWAL PELAJAR AGAR BERTENANG

PELAJAR MENDENGAR TAKLIMAT YANG DIBERIKAN

GURU MEMANTAU PELAJAR

GURU MENGAWAL PELAJAR



No comments:

Post a Comment