Popular Posts

Sunday 15 July 2012

HARI KOPERASI SEKOLAH 2012



SMK Seri Semantan, 16 Julai 2012 – Unit koperasi sekolah SMK Seri Semantan telah mengadakan sambutan Hari Koperasi Sekolah pada hari Jumaat , 13 Julai 2012. Objektif utama program sambutan ini ialah untuk memupuk budaya kerjasama dan keusahawanan di kalangan pelajar (anggota koperasi).
Tema  “Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat "  telah dipilih pada tahun ini sebagai satu tema   yang   mengambarkan   kepentingan   koperasi   sebagai   agen   pembangunan   ekonomi masyarakat.   Ini   adalah bersesuaian  dengan   koperasi yang telah   diiktiraf   sebagai   sektor ketiga   selepas    sektor  awam     dan  sektor   swasta.   Koperasi   sekolah    perlu  diberikan perhatian bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam usaha membantu kerajaan menjayakan Dasar Koperasi Negara II. Ia juga adalah selaras dengan aspirasi Model Baru Ekonomi     dan   Pelan   Tranformasi    Ekonomi    yang   turut  memberi   fokus   kepada   sektor perkhidmatan      dan  kepenggunaan      bagi   memastikan     Malaysia   dapat   dipacu   ke  arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada masa hadapan. Saya percaya bahawa koperasi sekolah mampu menjadi landasan terbaik dalam usaha membangunkan modal insan negara di dalam bidang keusahawanan.
Diantara aktiviti sambutan yang telah dijalankan pada hari itu ialah mengadakan solat Sunat hajat oleh unit bina insan, majlis perasmian Hari Koperasi di tapak Perhimpunan, pertandingan Memancing dan mengadakan jualan makanan dan minuman oleh Kelab dan Persatuan yang terlibat.
MAJLIS PERASMIAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2012

SOLAT HAJAT OLEH BINA INSAN

PERTANDINGAN MEMANCING KATEGORI GURU

PERTANDINGAN MEMANCING KATEGORI PELAJAR

GERAI JUALAN MAKANAN DAN MINUMAN

GERAI JUALAN MAKANAN DAN MINUMAN




Tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah yang berusaha gigih bagi memastikan Hari Koperasi Sekolah   2012   dapat   dilaksanakan    dengan   jayanya.   Selamat   Menyambut  Hari  Koperasi Sekolah.

No comments:

Post a Comment