Popular Posts

Friday, 28 April 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017

1.0 PENGENALAN
Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SMK SERI SEMANTAN. Pada 13 Januari 2017 iaitu pada hari jumaat. SMKSS telah mengadakan kejohanan merentas desa. Kejohanan tahun ini mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMKSS dengan kerjasama warga sekolah, Pihak Polis dan komuniti setempat sesuai dengan sarana ibubapa yang membantu dalam aktiviti kawalan keselematan.

Pungutan mata dalam acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini, acara merentas desa melibatkan murid-murid kelas Peralihan hinggalah murid tingkatan 5. Seramai 763 orang murid yang mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Merah, Hijau, Kuning dan Biru telah mengambil bahagian.

2.0 RASIONAL KEJOHANAN INI DIADAKAN
Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.

3.0 OBJEKTIF MERENTAS DESA

Meningkatkan kebolehan, kemahiran, dan bakat murid.

Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan di dalam diri murid-murid.

Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid.

Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat di dalam bidang sukan.

Murid dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing.

Memastikan murid-murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.

Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan.   

4.0 KRONOLOGI KEJOHANAN

4.1  sebelum kejohanan
        
4 januari 2017

Mesyuarat agung rumah sukan telah diadakan mesyuarat ini adalah bertujuan untuk melantik AJK rumah sukan, selain itu juga di dalam mesyuarat agung ini juga guru-guru penasihat akan memberi taklimat ringkas kepada murid-murid menegenai aktiviti aktiviti sukan yang melibatkan pertandingan antara rumah sukan termasuklah acara merentas desa yang akan diadakan pada bulan Januari.

Taklimat guru telah diadakan pada 8 januari 2017. Taklimat ini adalah bertujuan untuk membentangkan kejohanan secara ringkas dan tugas-tugas jawatankuasa kecil yang terlibat dalam memastikan kelancaran program. Beberapa isu telah dibangkitkan khususnya perkara yang melibatkan keselamatan pelajar dan pemeberian mata rumah sukan dalam memastikan kejohanan ini berlangsung dengan selamat dan lancar.

Dalam masa yang pihak sekolah telah membuat permohonan dari pihak polis daerah untuk membantu terutama dalam mengawal lalu lintas kerana aktiviti ini diadakan di kawasan perumahan yang sibuk dengan kenderaan.

Sebelum kejohanan juga jawatankuasa kecil tertentu juga sibuk dengan persiapan seperti menempah pingat dan penyediaan borang-borang pertandingan. 

sehari sebelum kejohanan bermula jawatan kuasa persiapan tempat dan pertandingan telah bekerjasama dalam penyediaan tempat penama dengan menetapkan lorong-lorong penamat mengikut kategori dan penyediaan peralatan yang akan digunakan semasa pertandingan. peralatan seperi kon keselamamatan, papan tanda checkpoint, kupon bendera keselamatan dan jaket keselamatan telah disediakan dan diletakkan di tempat khas untuk kegunaan pada hari kejohanan keesokannya/

4.2. Semasa kejohanan

pada jam 7.30 pagi pelajar-pelajar dikehendaki berkumpul di dataran perhimpunan mengikut kelas masing-masing bagi tujuan mengambil kehadiran. ,nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang dan Lagu sekolah dinyanyikan dengan iringan muzik. selepas itu pelajar-pelajar di pencahkan mengikut rumah sukan masing-masing. satu taklimat ringkas telah dilakuka oleh GPK Ko-kurikulum iaitu En. Mohd Nasir bin Jaafar dan perkara yang paling ditekankan adalah aspek keselamatan. pelajar kemudiannya digerakkan mengikut kategori masing-masing.

sebelum pelajar-pelajar dilepaskan guru-guru petugas yang bertugas dicheckpoint bergerak terlebih dahulu ke tempat masing-masing-masing. Guru-guru turut dibantu oleh pelajar-pelajar yang secara sukarela bertugas membantu guru untuk bertugas di checkpoint.

jawatankuasa keselamatan juga turut mengiringi pelajar bagi memastikan keselamatan pelajar semasa aktiviti berjalan. Pasukan pertolongan cemas juga turut berada di tempat yang telah ditetapkan bersama kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan. sebahagian pasukan pertolongan cemas bersama-sam dengan peronda (ajk keselamatan) sebagai siap siaga jika berlakunya kejadian yang tidak diingini semasa aktiviti berjalan.

pelajar-Pelajar dari kategori perempuan dilepaskan terlebih dahulu dengan didahului pelajar dari kumpulan C dan berakhir dengan A. Selang masa antara kategori adalah 5 minit selapas itu barulah kumpulan lelaki dilepaskan.

4.3 selepas 

Aktiviti larian lebih kirang tamat kira-kira jam 9.45 pagi. Secara purata aktiviti berlangsung lebih kurang 40 minit bagi setiap kategori. Proses pengiraan markah telah dijalankan oleh jawatankuasa statistic berdasarkan catatan markah yang telah direkodkan oleh pencatat. Proses pengiraan  berjalan dan selesai dalam lebih kurang dalam setengah jam kemudiaanya. Pada masa yang sama murid-murid dibenarkan rehat dan perlu masuk ke dalam dewan bagi upacara kemuncak iaitu majlis penyampaian hadiah dan pengumuman juara keseluruhan merentas desa sekolah.

Majlis penyampaian hadiah di pengerusikan oleh en. Abdul Azim.  Juara keseluruhan pada kejohanan pada kali ini dimenangi oleh rumah Kuning dengan Pungutan mata 455 mata manakala naib johan adalah rumah biru dengan pungutan mata 442, tempat ke-tiga jatuh kepada rumah hijau dengan jumah pungutan mata 361 dan rumah merah jatuh ke tempat ke-empat dengan pungutan mata keseluruhan 341 mata.

Majlis penyampaian hadiah turut disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG, pengetua, dan barisan pentadbir. Majlis berakhir lebih kurang dalam jam 12.00 tengahari. sebelum murid bersurai murid-murid dekehendaki membersihkan dewan dan menyusun semula peralata-peralatan yang digunakan ke dalam stor.




Berikut adalah adalah keputusan rasmi mengikut kategori:

keputusan merentas desa 2017

pelajar yang telah menamatkan larian dikehendaki melapor 
perjumpaan dengan guru rumah sukan
perjumpaan dengan guru rumah sukan
laluan murid perempuan
peta laluan murid lelaki
taklimat kejohanan di sampaikan kepada guru-guru





























Thursday, 27 April 2017

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE -19 TAHUN 2017

1.0       Pengenalan

Olahraga adalah merupakan teras kepada sukan di sekolah yang secara tradisinya diadakan pada setiap tahun. Sebagai acara penting yang menjadi tunjang kepada aktiviti sukan di sekolah maka olahraga perlulah dirancang dan disempurnakan pada masa yang sesuai.

Aktiviti sukan sekolah yang diadakan penting bagi menyemarakkan semangat kesukanan dalam diri pelajar. Selain itu, ia mampu menonjolkan dan mengembangkan bakat dalam diri pelajar.

2.0       Objektif
2.1 Memberikan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih optimum.

2.2 Mengukuhkan perhubungan dan perpaduan di kalangan murid dalam gerakerja yang diceburi.

2.3 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk berjaya dengan lebih cemerlang.

2.4 Pelajar yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar mewakili universiti ke peringkat antarabangsa.

Pada hari 21hb April (Jumaat), SMK seri semantan telah mengadakan kejohanan sukan tahunan sekolah.

Acara bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 12:00 tengahari bertempat di padang sekolah.

Program ini disertai oleh semua pelajar SMK Seri Semantan.


3.0       kronologi Sukan tahunan.

8 mac 2017 (Rabu)

Satu perjumpaan khas rumah-rumah sukan telah diadakan pada 8 mac iaitu pada waktu ko-kurikulum bagi membincangkan pemilihan atlet-atlet yang berpotensi untuk bertanding mewakili rumah sukan masing-masing
                                                                                                                       
Perjumpaan selama 1 jam membolehkan pelajar yang berminat untuk memasuki acara mendaftar kepada guru rumah sukan masing.

perjumpaan rumah sukan bagi sesi pendaftaran atlet rumah sukan


Persiapan padang turut dilakukan oleh guru yang terlibat (En. Goeffry, En. Suridan, En. Zambri dan  En. Masarudin). Persiapan ini adalah tertumpu dalam penyiapan garisan padang bagi terk 400 meter, lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera dan acara baru yang dipekenalkan pada kejohanan ini iaitu merejam lembing.



persiapan garisan trek 400 meter




Latihan rumah sukan

Sebelum atihan rumah sukan juga turut dijalankan oleh rumah sukan sebagai contoh rumah kuning telah mengadakan latihan persiapan atlet pada 17 dan 18 April bagi mememantapkan dari aspek teknikal atlet-atlet yang mewakili rumah masing-masing.

20 April 2017 (Khamis)

Pra sukan adalah merupakan acara-acara akhir yang dipertandingkan sebelum kejohanan sukan diadakan. Pra sukan diadakan pada hari khamis 20 April 2017 bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi yang mana hanya atlet yang terlibat sahaja berada di padang.


Pra Sukan pada kali ini di adakan hanya 1 hari yang mana acara balapan yang terlibat ialah acara 200 Meter dan 400 meter kategori bawah 15 dan bawah 18 lelaki dan perempuan. Manakala bagi acara padansg acara yang terlibat adalah acara lompat jauh, lempar cakera, lontar peluru dan merejam lembing kategori bawah 15 dan bawah 18 lelaki dan perempuan.

Semua rekod pemenang akan di simpan oleh jawatankuasa statistic dan perangkaan bagi proses pengumpulan data mata rumah sukan dan menyenarai senarai pemenang.

21 April 2017 (Jumaat)

Sebelum Kejohanan bermula semua pelajar dikehendaki beratur mengikut kelas masing-masing untuk diambil kehadiran. Selesai Nyanyian lagu Kebangsaan,. Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah. limat kejohanan telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan  Ko-Kurikulum iaitu En. Mohammad Nasir bin Jaafar.

Selepas selesai taklimat Atlet-atlet dikehendaki berkumpul di khemah penyelia peserta bagi proses pendaftaran. Murid-murid yang lain kemudiannya dibenarkan berada di padang untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang bertanding.

Acara yang dipertandingkan pada hari kejohanan ialah acara balapan 100 meter, 4 x10 meter dan 4 x 400 meter. Acara berakhir pada jam 10.00 pagi dan pelajar dikehendaki berada dalam dewan pada jam 10.30 pagi bagi program penyampaian hadiah.




















Majlis penyampaian hadiah telah di sempuranakan oleh barisan Pentadbir dan Tetamu jemputan iaitu YDP PIBG sekolah. Sebelum majlis bersurai pelajar-pelajar dikehendaki membersihkan dewan dan persekitara sekolah.

4.0       Keputusan Rasmi