Popular Posts

Thursday, 27 April 2017

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE -19 TAHUN 2017

1.0       Pengenalan

Olahraga adalah merupakan teras kepada sukan di sekolah yang secara tradisinya diadakan pada setiap tahun. Sebagai acara penting yang menjadi tunjang kepada aktiviti sukan di sekolah maka olahraga perlulah dirancang dan disempurnakan pada masa yang sesuai.

Aktiviti sukan sekolah yang diadakan penting bagi menyemarakkan semangat kesukanan dalam diri pelajar. Selain itu, ia mampu menonjolkan dan mengembangkan bakat dalam diri pelajar.

2.0       Objektif
2.1 Memberikan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih optimum.

2.2 Mengukuhkan perhubungan dan perpaduan di kalangan murid dalam gerakerja yang diceburi.

2.3 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk berjaya dengan lebih cemerlang.

2.4 Pelajar yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar mewakili universiti ke peringkat antarabangsa.

Pada hari 21hb April (Jumaat), SMK seri semantan telah mengadakan kejohanan sukan tahunan sekolah.

Acara bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 12:00 tengahari bertempat di padang sekolah.

Program ini disertai oleh semua pelajar SMK Seri Semantan.


3.0       kronologi Sukan tahunan.

8 mac 2017 (Rabu)

Satu perjumpaan khas rumah-rumah sukan telah diadakan pada 8 mac iaitu pada waktu ko-kurikulum bagi membincangkan pemilihan atlet-atlet yang berpotensi untuk bertanding mewakili rumah sukan masing-masing
                                                                                                                       
Perjumpaan selama 1 jam membolehkan pelajar yang berminat untuk memasuki acara mendaftar kepada guru rumah sukan masing.

perjumpaan rumah sukan bagi sesi pendaftaran atlet rumah sukan


Persiapan padang turut dilakukan oleh guru yang terlibat (En. Goeffry, En. Suridan, En. Zambri dan  En. Masarudin). Persiapan ini adalah tertumpu dalam penyiapan garisan padang bagi terk 400 meter, lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera dan acara baru yang dipekenalkan pada kejohanan ini iaitu merejam lembing.



persiapan garisan trek 400 meter




Latihan rumah sukan

Sebelum atihan rumah sukan juga turut dijalankan oleh rumah sukan sebagai contoh rumah kuning telah mengadakan latihan persiapan atlet pada 17 dan 18 April bagi mememantapkan dari aspek teknikal atlet-atlet yang mewakili rumah masing-masing.

20 April 2017 (Khamis)

Pra sukan adalah merupakan acara-acara akhir yang dipertandingkan sebelum kejohanan sukan diadakan. Pra sukan diadakan pada hari khamis 20 April 2017 bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi yang mana hanya atlet yang terlibat sahaja berada di padang.


Pra Sukan pada kali ini di adakan hanya 1 hari yang mana acara balapan yang terlibat ialah acara 200 Meter dan 400 meter kategori bawah 15 dan bawah 18 lelaki dan perempuan. Manakala bagi acara padansg acara yang terlibat adalah acara lompat jauh, lempar cakera, lontar peluru dan merejam lembing kategori bawah 15 dan bawah 18 lelaki dan perempuan.

Semua rekod pemenang akan di simpan oleh jawatankuasa statistic dan perangkaan bagi proses pengumpulan data mata rumah sukan dan menyenarai senarai pemenang.

21 April 2017 (Jumaat)

Sebelum Kejohanan bermula semua pelajar dikehendaki beratur mengikut kelas masing-masing untuk diambil kehadiran. Selesai Nyanyian lagu Kebangsaan,. Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah. limat kejohanan telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan  Ko-Kurikulum iaitu En. Mohammad Nasir bin Jaafar.

Selepas selesai taklimat Atlet-atlet dikehendaki berkumpul di khemah penyelia peserta bagi proses pendaftaran. Murid-murid yang lain kemudiannya dibenarkan berada di padang untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang bertanding.

Acara yang dipertandingkan pada hari kejohanan ialah acara balapan 100 meter, 4 x10 meter dan 4 x 400 meter. Acara berakhir pada jam 10.00 pagi dan pelajar dikehendaki berada dalam dewan pada jam 10.30 pagi bagi program penyampaian hadiah.




















Majlis penyampaian hadiah telah di sempuranakan oleh barisan Pentadbir dan Tetamu jemputan iaitu YDP PIBG sekolah. Sebelum majlis bersurai pelajar-pelajar dikehendaki membersihkan dewan dan persekitara sekolah.

4.0       Keputusan Rasmi










No comments:

Post a Comment