SMK SERI SEMANTAN, 18 Julai 2012 - Satu Latihan Kebakaran telah dijalankan oleh unit 3K SMK Seri Semantan dibantu oleh unit Bomba dan Penyelamat daerah Mentakab pada 18 Julai 2012. Latihan bermula pada jam 12.15 dan berakhir 1.00 tengahari. Kebakaran merupakan satu tragedi yang harus dielakkan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang disyorkan oleh pihak Bomba. Kebakaran boleh menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa .Oleh yang demikian warga sekolah perlu bersiap sedia untuk menghadapi situasi kebakaran.
2.OBJEKTIF LATIHAN
1. Untuk mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran setiap individu yang merupakan warga sekolah kebangsaan telok jamat mengenai bahaya kebakaran dan cara-cara bertindak dengan cepat, tepat dan betul semasa kebakaran dari peringkat permulaan hingga keadaan diistihar selamat.
2. Mengenal pasti kelemahan –kelemahan yang ada dan mengambil langkah- langkah penambahbaikan bagi mempertingkatkan keselamatan fasiliti-fasiliti yang sedia ada,prosedur dan keyakinan individu serta organisasi semasa latihan.
3. memberi pendedahan mengenai Kebakaran dan cara-cara penggunakan peralatan pemadam api
4. Mewujudkan semangat kerjasama diantara pihak Bomba dan pihak sekolah
3. OBJEKTIF KHUSUS :
1. Menyatakan bagaimana kebakaran boleh berlaku dan bahaya-bahaya yang mungkin akan timbul
2. Menyatakan pelbagai bentuk api ketika kebakaran dan alat pemadam api permulaan yang sesuai digunakan dengannya.
3. Menggunakan alat pemadam api kecil permulaan
4. Menerangkan tatacara menyelamatkan diri ketika kebakaran
Semoga dengan adanya latihan Kebakaran ini para warga SMK Seri Semantan akan sentiasa berhati-hati dalam menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.
|
GURU MEMASTIKAN BILANGAN PELAJAR CUKUP |
|
PEGAWAI BOMBA MEMBERI TAKLIMAT RINGKAS KEBAKARAN |
|
PEGAWAI BOMBA MEMBERI CERAMAH KEBAKARAN |
|
GURU MEMERIKSA JADUAL KEDATANGAN PELAJAR |
|
GURU MENGAWAL PELAJAR |
|
GURU MEMANTAU PELAJAR AGAR KEADAAN TERKAWAL |
|
PEGAWAI BOMBA MEMBERI TAKLIMAT |
|
PELAJAR KHUSYUK MENDENGAR TAKLIMAT YANG DISAMPAIKAN OLEH PIHAK BOMBA |
|
PARA PELAJAR BERGERAK KE PADANG MENGGUNAKAN LALUAN SELAMAT YANG DISEDIAKAN |
|
GURU MEMERIKSA KEHADIRAN PELAJAR |
|
TAKLIMAT RINGKAS OLEH GURU BERTUGAS |
|
MUKADIMMAH OLEH GURU 3K |
|
GURU MEMERHATIKAN PELAJAR SAMBIL MELIHAT SENARAI KEHADIRAN |
|
GURU MENGAWAL PELAJAR AGAR BERTENANG |
|
PELAJAR MENDENGAR TAKLIMAT YANG DIBERIKAN |
|
GURU MEMANTAU PELAJAR |
|
GURU MENGAWAL PELAJAR |
No comments:
Post a Comment