SMK Seri Semantan, 20 Julai 2013 - Ramadhan, bulan penuh keberkatan dan rahmat Allah. Kedatangan ramadhan ini dinanti-nantikan oeh setiap umat Islam dan dirindui sepanjang tahun. Kehadirannya setahun sekali sebagai bulan pengampunan dan rahmah disambut dengan penuh kesyukuran dan tawaduk. Sempena kehadirannya di tahun 2012 ini Jawatankuasa Bina Insan SMK Seri Semantan bersama-sama menganjurkan satu majlis pada 20 Julai 2012 bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
Program dimulai dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Manaf Bin Yunus bagi memberi kesedaran kepada pelajar tentang keistimewaan bulan ramadan. Ceramah ini juga menekankan cara bagi mendapat puasa yang sebenar puasa di sisi Allah. Antara aktiviti lain yang di cadangkan sepanjang ihya' ramadan adalah:
1-ceramah agama
2-kuiz ramadan
3-tadarus al quran
|
USTAZ MEMBERI CERAMAH DENGAN SEPENUH HATI |
No comments:
Post a Comment